SEPARATION ANXIETY
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
‘Separation anxiety’ merupakan satu fenomena yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak bertatih (toddler). ‘Separation anxiety’ melibatkan kemurungan dan kesedihan yang ditunjukkan oleh bayi dalam separuh masa kedua dalam tahun pertama. Keadaan ini berlaku apabila bayi berjauhan daripada penjagaanya (caregiver). Beberapa faktor seperti ikatan keluarga intim, tekanan semasa mengandung, tekanan selepas sesuatu peristiwa, faktor genetik dan status sosioekonomi merupakan pemangkin ‘separation anxiety’. Selain itu, fenomena kebimbangan melampau, keenganan ke sekolah, keenganan tidur secara bersendirian serta sungkutan kesakitan fizikal merupakan antara simptom separation anxiety’. Justeru, bagi merungkai masalah ini secara berkesan, beberapa langkah atau rawatan psikologi harus diambil. Amalan short-term separation anxiety di rumah, ujian kesihatan, penerangan situasi sebenar serta teknik kaunseling seperti modifikasi behavior dan kognitif terapi mampu menjadi penyelasai berkesan. Sementara itu, kanak-kanak harus membangunkan kesedaran mereka tentang keselamatan dalam persekitaran seperti percaya kepada individu lain berbanding dengan ibu bapa dan percaya kepada kepulangan ibu bapa.
1.2 DEFINISI
Berdasarkan E.Papalia, Human Development, Separation Anxiety means distress shown by infant, ussually beginning in the second half the first year, when a familiar caregiver leaves; it is commonly a sign that attachment occurred. Ini bermakna wujud kemurungan atau kesedihan yang ditunjukkan oleh bayi dalam separuh masa kedua dalam tahun pertama. Keadaan ini berlaku apabila bayi berjauhan daripada penjagaanya. Ini merupakan tanda pelekatan yang wujud antara bayi dan penjaganya.
Selain itu, separation anxiety disorder means condition involving execessive anxiety for at leasts two weeks, concerning separation from people whom a child attached. Ini bermakna, satu keadaan di mana kembimbangan yang keterlaluan yang berlaku sekurang-kurangnya untuk dua minggu akibat perpisahan daripada penjaga atau individu yang sangat rapat denganya. Keadaan ini amat berbeza daripada perpisahan biasa yang ditunjukkan semasa berumur satu atau dua.
Berdasarkan judul Life Span- Human Development, 1999 separation anxiety is actually an attachment has formed (Carol K.Sigmen,1999). Ini bermakna, ‘separation anxiety’ merupakan satu tanda yang menunjukkan bahawa pelekatan telah dibentuk. Setelah pelekatan berlaku, maka bayi berasa risau dan gelisah apabila ibu bapa barpisah dengannya. ‘Separation anxiety’ biasanya muncul apabila bayi membentuk pelekatan pertama (first genuine attachment) bermula dari bulan ke 14 sehingga bulan ke 18 dan mula hilang secara beransur apabila masuk ke pra sekolah (Kagan 1976; Weinraub&Lewis 1977). Dalam dunia moden ini, remaja juga boleh dikatakan mengalami ‘separation anxiety’ yang dipanggil ‘home sick’ apabila berjauhan dengan ibu bapa (Thurbar, 1995).
Berdasarkan Eualvolusionary Perspectives on Human Development, separation anxiety seperti stranger distress. Keadaan ini muncul berdasarkan kepada pembangunan jadual separuh masa tahun pertama. Dalam peringkat ini berlaku perubahan kehidupan emosi bayi yang mencerminkan kematangan psikologi dan kognitif bayi. Dalam masa 8 hingga 10 bulan, keaktifan bayi semakin meningkat dalam perhubungan dengan penjaga dan mobiliti bayi juga semakin meningkat. Dengan mobiliti baru ini, bayi mengembangkan kapasiti keinginan menjelajah persekitaran luar, berbalik kepada penjaga sebagai secure base (Ainsworth, 1977). Dalam masa ini, muncul keasyikilan bayi terhadap kehadiran dan lokasi penjaga.
1.3 PERBINCANGAN
Walaupun punca sebenar separation anxiety disorder tidak diketahui, namun beberapa faktor berjaya di indentifikasi.
Kanak-kanak yang menjadi mangsa ’separation anxiety’ biasanya berasal dari keluarga yang mempunyai perhubungan yang intim. Perpisahan perhubungan ahli keluarga mungkin mewujudkan separation anxiety dalam diri kanak kanak. Contohnya kanak-kanak yang berada di hospital tanpa ibu bapa dikatakan lebih cenderung mambangunkan separation anxiety.
Selain itu, tahap tekanan ibu semasa mengandung juga salah satu faktor berlakunya separation anxiety. Berdasarkan laporan 2007, Journal of Child Psychology and Psychiatry, ibu yang mengalami tekanan semasa mngandung lebih cenderung membangunkan separation anxiety dalam diri anak mereka.
Sementara itu, fenomena ini mungkin dibangunkan selepas sesuatu tekanan seperti perpindahan, trauma atau kematian dalam keluarga. Contohnya, kematian ibu menyebabkan kanak-kanak kehilangan tempat pergantungan dan keadaan ini mambantu mambangunkan disorder ini.
Di samping itu, status sosioekonomi yang rendah berupaya membangunkan separation anxiety dalam diri anak. Berdasarkan satu laporan, 80% daripada kanak-kanak yang enggan ke sekolah berpunca daripada separation anxiety disorder dan dari jumlah tersebut 50% hingga 75% adalah berpunca daripada status sosioekonomi rendah.
Dalam pada itu, terdapat beberapa simptom yang menunjukkan separation anxiety disorder di kalangan kanak-kanak.
Simptom dominan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ialah kebimbangan keterlaluan dan berterusan dengan perpisahan dengan penjaga atau ibu bapa. Kebimbangan ini mula menimbulkan kerisauan bahawa apa-apa akan berlaku kepada individu yang disayangi.
Di samping itu, kanak-kanak yang mengalami separation anxiety menunjukkan keenganan berterusan ke sekolah secara bersendirian. Keadaan berjauhan atau perpisahan dengan ibu bapa semasa di sekolah menimbulkan kerisauan melampau dalam diri kanak-kanak. Justeru, keenganan ke sekolah merupakan salah satu tanda separation anxiety.
Sementara itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa separation anxiety di katakan kerap kali mengalami mimpi buruk tentang perpisahan dengan individu yang disayangi. Maka kewujudan mimpi buruk ini jelas membuktikan keadaan perpisahan antara kanak-kanak dengan ahli keluarga.
Dalam pada itu, kanak-kanak yang mengalami separation anxiety sering dikaitkkan dengan sungkutan kesakitan fizikal seperti pening, sakit perut apabila situasi perpisahan muncul atau di harapkan muncul.
Akhirnya, wujud keenganan untuk tidur secara berseorangan dan sentiasa berdampingan dengan penjaga dalam bilik tidur. Kanak-kanak yang mengalami separation anxiety ingin mengelakkan keadaan berseorangan dalam semua perkara.
Justeru pelbagai langkah dan rawatan psikologi berjaya dikesan dalam usaha mengurangkan tahap perpisahan antara bayi atau kanak-kanak dengan penjaga primer.
Dalam konteks ini, ibu bapa bersama kanak-kanak harus menjalani ujian kesihatan pada bila-bila masa. Ramai ahli fisiologi mengesyorkan kanak-kanak supaya mengambil meditasi yang tenang dalam mengharungi masalah ini. Sekiranya tidak kanak-kanak mungkin menunjukkan kebimbangan berterusan seperti menangis, mengelak rawatan dan menjerit.
Selain itu, ibu bapa harus menerangkan situasi dan memberi keyakinan kepada kanak-kanak seperti memberitahu ibu bapanya sedang menunggu dan memberitahu tempat menunggu ibu bapa. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kanak-kanak tentang keselamatan dan kepulangan ibu bapanya.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengamalkan short-trm separation anxiety dalam rumah. Contohnya, ibu bapa boleh bergerak ke bilik lain dan hilang dari penghlihatan bayi. Selepas itu, bercakap dengan anak tentang lokasi pemergian ibu dan bila ibu akan pulang dan sebagainya. Melalui keadaan ini, bayi lebih biasa dengan ketidakhadiran ibu. Sementara itu, ibu bapa tidak seharusnya pergi atau menyampaikan secara mencuri. Pendekatan ini menghasilkan kebimbangan dalam diri bayi apabila wujud ketidakhadiran ibu pada masa akan datang.
Langkah efektif seperti teknik kaunseling berupaya mengatasi separation anxiety. Modifikasi behavior merupakan teknik kaunseling yang secara langsungnya mengesan simptom-simptom separation anxiety. Terapi ini lebih berkesan dan kurang beratnya kepada bayi sekiranya tingkahlaku bayi dikesan secara positif berbanding dengan negatif. Kanak-kanak tidak diberi hukuman terhadap penerusan simptom anxiety tetapi diberi ganjaran terhadap kejayaan mengatasi simptom. Contohnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kesukaran tidur secara bersendirian boleh melakukan modifikasi behavior. Mula-mula meminta ibu memeluk dan meminta anak menghampiri bilik tidur, selepas itu memintanya berada dalam bilik selama 5 minit. Selepas itu masa di tambahkan dari 5 minit kepada 10 minit sehingga ia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan bilik dan sebagainya. Keadaan ini lebih berkesan dengan peranan ibu bapa yang sentiasa memberi perlindungan dan kasih sayang.
Kognitif terapi membantu kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk berfikir dan menambahkan kebolehan untuk berfokus terhadap peristiwa positif. Dengan mempelajari kebolehan fokus terhadap pemikiran dan perasaan positif, kanak-kanak mungkin lebih terbuka untuk mempelajari strategi mengatasi anxiety seperti bermain permainan, berwarna, menonton televisyen atau mendengar bunyi. Selain itu, teknik menenagkan diri seperti berimaginasi diri mereka dalam keadaan tenang dan mengira sampai 10 merupakan antara teknik yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah separation anxiety disorder.
1.4 KESIMPULAN
Secara umumnya, separation anxiety dialami bayi atau kanak-kanak berumur kurang dari dua tahun. Namun demikian, dalam situsai tertentu masalah ini turut dialami oleh semua peringkat umur. Contohnya, individu yang berada dalam keadaan tenat lebih cenderung membangunkan separation anxiety dalam dirinya. Selain itu, remaja juga sering mengalami separation anxiety apabila berjauhan dengan ibu bapa. Keadaan ini dipanggil ‘home sick’ dimana berasa risau dengan kehilangan mereka. Walaubagaimanapun, keadaan ini dapat dipulihkan dengan penyesuaian dengan persekitaran.
Dalam konteks ini, separation anxiety merupakan perkara biasa bagi bayi dan kanak-kanak bertatih. Apabila kanak-kanak bertatih mula memahami ibu bapa mereka mungkin luar dari pandangan mereka dan percaya mereka akan pulang, maka mulai saat itu, kanak-kanak mula menyayangi autonomi mereka.
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment