Wednesday, February 3, 2010

Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan

Kesan tekanan terhadap kesihatan dan kesejahteraan

Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan (stress) boleh memberi impak yang besar terhadap aspek keselamatan dan kesihatan seseorang. Kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Ia boleh di bincangkan berdasarkan kepada bebrapa topik di bahagian berikutnya.
Apabila individu mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan simptom yang menjejaskan fisiologi, psikologi, kognitif dan gelagat. Tekanan juga boleh berlaku sebagai impak psikologi yang mempunyai komponan emosi dan kognitif di mana ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah jika tekanan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan termasuklah meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit Muskuluskeletal (Musculoskeletal Disorders-MSD), masalah psikologi seperti kemurungan dan habisan tenaga (burnout) serta masalah gastrousus. Sebagaimana, yang telah disedari, tekanan yang lebihan boleh membawa kepada ketegangan (strain) dan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan kesan daripada masalah dalaman boleh membawa gangguan psikolologi (kembimbangan, kesedihan dan kebengkan dan cepat marah), fisiologi (tekanan darah dan ketegangan otot) serta gelagat (prestasi kerja yang lemah, kemalangan, gangguan tidur dan pengambilan alkohol..
Dalam pada itu, kemurungan yang berpunca daripada tekanan boleh menjejaskan tahap kesihatan individu. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menunjukkan antara empat penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan. Masalah kesihatan kronik sebegini terjadi kerana tekanan boleh dikaitkan dengan takanan darah yang mengalir secara berlebihan terhadap dinding arteri. Tekanan darah yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan ia menyukarkan darah untuk melaluinya. Selain itu, tahap tekanan yang tinggi juga mengakibatkan peningkatkan tahap kolestrol dalam saluran darah yang boleh meningkatkan takanan darah. Apabila indiidu mengalami tekanan, tekanan darah akan meninggat dan menurun. Perubahan yang tidak menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan akibat tekanan. Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan bahawa stress merupakan penyebab utama sakit jantung dan terdapat juga kajian turut mengkaitkan tekanan dengan penyakit kanser.
Selain itu, indiidu yang mengalami tekanan melampau boleh menjadi mangsa kepada masalah kesihatan seperti seperti ketegangan mata, telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan ketidakselesaan mukulokeletal.
Di samping itu, Gangguan Trauma Kumulatif (Cummulative Trauma Disorder-CTD) boleh berlaku kepada sesiapa yang mengalami tekanan melampau. Apabila individu mengalami CTD, pergelangan tangan menjadi kebas kerana peredaran darah ke saraf anggota badan terganggu. Anggota mana yang akan berasa kebas bergantung kepada bahagian otak kerana setiap saraf pada otak mengawal anggota badan yang berbeza. Kesemua masalah kesihatan ini bolaeh dikategorikan sebagai CTD atau gangguan muskulosketal ( Musculosketal Disorders- MSD)

Sementara itu,.mereka yang mengalami tekanan mudah merasa sakit kepala, sakit pada bahagian belakang badan, merasa kurang sihat, cepat berpeluh dan mempunyai kadar denyutan jantung yang laju dimana boleh memberi kesan terhadap kesihatan individu itu sendiri. Selain itu, seseorang akan berasa tidak begitu sihat dan mengalami masalah tidur iaitu insomnia yang merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur. Individu terbabit turut mengalami cirit birit dan rasa kering pada bahagian tekak dan mulut dan gangguan kesihatan.

Melalui aspek perasaan,seseorang individu itu akan mudah merasa bimbang dengan setiap keadaan yang dilalui. Individu itu takut akan sesuatu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dirinya dan boleh memudaratkan dirinya.Individu ini menjadi seorang yang mudah terasa dengan orang lain, moody dan dingin dengan masyarakat keliling. Individu ini juga dilihat tidak mampu mengawal perasaan apabila berada dalam keadaan tekanan yang sekaligus boleh mengundang trauma kepada individu terbabit. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini kurang untuk bergaul dengan masyarakat keliling dan sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negetif.

Kongnitif adalah aspek kedua yang merupakan kesan tekanan terhadap kesejahteraan hidup. Kongnitif lebih melibatkan pemikiran seseorang itu berfikir,mempersepsi dan membuat tanggapan dirinya dimana ianya dilihat sebagai seorang yang tidak mepunyai keyakinan. Apabila seseorang individu itu mengalami tekanan maka individu itu merasa rendah diri apabila berdepan dengan orang lain. Selain itu, seseorang individu yang mengalami tekanan tesebut turut merasai ketakutan dan kegagalan dalam melakukan tugasan yang diberikan. Individu tersebut tidak memberi keupayaan dalam memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Individu yang mengalami tekanan ini seorang yang sentiasa berfikir dan asyik termenung bersendirian dan pelupa terhadap apa yang dilakukan. Selain daripada itu, individu yang ,mengalami tekanan ini selalu bimbang akan masa hadapannya dan kerap berasa runsing untuk setiap perkara yang dilakukan dan ini sangat berbahaya kepada sesebuah syarikat kerana boleh menyebabkan kejatuhan produktiviti dan prestasi yang sekaligus akan memberi impak kepada sesebuah syarikat.


Aspek yang seterusnya adalah menerusi tingkahlaku. Individu yang mengalami tekanan ini akan menunjukkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan dan boleh menakutkan masyarakat yang berada disekelilingnya. Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami tekanan menerusi aspek ini adalah, individu terbabit akan merasa hilang selera makan, sering mengertap gigi, mengambil minuman alkohol ataupun dadah serta sering merokok tanpa mengira waktu. Individu yang merokok ini akan merokok kerana dipercayai mampu memberi kelegaan terhadap diri mereka dan di katakan boleh menghilangkan sedikit tekanan. Maka, tidak hairanlah jika mereka yang mengalami tekanan sering merokok. Selain daripada itu, individu yang mengalami tekanan akan menangis tanpa sebab dan akan ketawa dengan nada yang kuat dan gementar.







RUJUKAN

Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah.2002. Psikologi . Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Glaser, Kiecolt. 1994. Human Stress and Humanity.

http://myais.fsktm.um.edu.my/2846/1/Vol12(1)-Zafir.pdf ( 16.01.09)

http://www.scribd.com/doc/6627225/SIM-2209-BAB-3-Kesihatan-Kesejahteraan-Keberkesanan-Organisasi ( 16.01.09)

http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kesan-stress-dalam-kehidupan.html
( 20.01.09)


No comments:

Post a Comment