Wednesday, February 3, 2010

Budaya lepak di kalangan remaja

PERBINCANGAN


Mula-mula kami ingin bincangkan definisi belia atau golongan orang muda. Secara umumnya, golongan remaja dan belia merupakan sebahagian daripada tenaga kerja produktif, menjadi golongan yang berpotensi untuk membuat sesuatu pekerjaan atau tugas yang diberikan kepada mereka. Namun mereka juga ialah golongan yang belum mantap, banyak resah gelisah, suka memberontak,suka menyanggah, mencuba-cuba dan berminat untuk menanggung risiko. Sebab itulah golongan ini sering dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan “hedonism”,”vandalism” dan “rebel without cause” iaitu perbuatan-perbuatan yang melibatkan sekali gus “pleasures”.

Sekarang akan dilihat pula pada definisi budaya lepak. Secara mudahnya maksud “lepak” ialah tidak lebih hanya berupa perbuatan bersiar-siar, bersantai-santai,. Kadang kala kita berlepak-lepak di beranda rumah misalnya. Ini semua perbuatan biasa tetapi ia menjadi gejala negatif bila ia melibatkan ramai orang, berterusan hari demi hari, tanpa mengira waktu yang khusus. Ia juga dilakukan di tempat awam di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di pasar raya, perhentian bas,kompleks beli belah dan lain lain.. Ia bukan sahaja merosakkan pandangan tetapi juga menganggu orang lain. Lazimnya bila sudah ramai berkumpul itu, ada perbuatan nakal misalnya bersiul kearah anak gadis dan membuat bising.

Budaya lepak ini melibatkan sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan ia bersifat kolektif tetapi yang penting diperhatikan di sini ialah bila kita sebut “budaya lepak” maka maksudnya perbuatan itu melibatkan ramai orang dan berlaku secara berterusan. Ini seterusnya membawa kepada masalah baru iaitu gejala-gajala buruk. Malahan keprihatinan masyarakat terhadap isu lepak ini adalah dari perspektif negatif. Pertama, perbuatan melepak itu melibatkan sesuatu golongan yang tidak sepatutnya bertindak demikian. Mereka seharusnya terlibat dalam kegiatan yang produktif yang menguntungkan. Kebimbangan betapa perbuatan itu boleh merangsangkan dan menjerumuskan anak-anak muda ini dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain. Di samping membazirkan waktu, ia berjangkit pula pada usik-mengusik orang-orang yang lalu lalang seperti yang dibayangkan. Sebilangan daripada mereka terjebak dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain mungkin ia bermula dengan merokok, kemudian menghisap dadah dan langsung menjadi penagih. Selain itu, terlibat juga dengan perbuatan lain seperti mencuri, menipu dan seumpamanya. Ada juga yang terlibat dengan kegiatan maksiat dan pelacuran. Jika remaja-remaja ini dididik, mereka ada peluang tetapi kebanyakan mereka sudah lupa pada tuhan yang maha besar dan maha prihatin. Mereka lupa pada Allah SWT. Namun tidak boleh diabaikan bahawa terdapat pola umum yang menunjukkan bahawa dengan semakin banyaknya gejala membuang waktu dan melepak dengan peningkatan kes-kes ketagihan dadah,jenayah kecil-kecilan,pelanggaran had umur ke pusat hiburan dan permainan snuker misalnya maka korelasi sebab dan akibat beginilah yang pada hemat kami cukup membimbangkan masa depan golongan belia kita.

Kami juga telah dapat mengetahui bahawa daripada kajian yang dilakukan oleh KBS baru-baru ini,jelas menunjukkan bahawa kalangan orang muda yang bekerja pun turut terlibat .Melepak ini semakin melekakan dan melenakan mereka menjadikan mereka akhirnya hanyut di negara sendiri. Dan jika ini berlaku maka jelasnya bahawa generasi masa depan belia kita adalah malap dan cukup membimbangkan.

Sekarang akan dilihat pula kepada sebab-sebab ini berlaku. Apakah yang sebenarnya mendorong perbuatan sebegini. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baru. Namun pada hemat kami, gejala lepak yang kita cukup prihatin adalah berpunca daripada berbagai-bagai faktor penolak dan penarik yang ada dalam hidup yang kita nikmati sendiri.
Dalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa menghadapi masalah penyesuaian. Penyesuaian ini seringkali menyebabkan remaja melakukan anti sosial yang menyebabkan masalah kenakalan remaja seperti melepak. Tidak dapat dinafikan bahawa, pengaruh kumpulan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku seseorang. Mengikut seseorang ahli psikologi Robert J.Harigust, salah satu tugas daripada tugas penting remaja yang perlu diberi perhatian ialah membentuk perhubungan baru yang lebih matang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara perseorangan tetapi mereka melepak secara berkumpulan. Selain itu, cara interaksi seseorang remaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli kumpulan tersebut mempunyai minat serta kegemaraan yang sama. Sementara itu, mengikut Manja (1990), apabila seseorang remaja sudah pemikiran rakan-rakan sebaya yang sama minat, maka Hubungan mereka menjadi erat. Apa yang dilakukan maka ia juga akan turut melakukanya, sehubungan denga itu, sabda nabi s.a.w sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Al-Muslim:
“ Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana wangiwangian
dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, samada dia memberinya
sedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun
tukang besi, samada dia memakai bajumu, ataupun anda akan mencium daripada baubauannya yang busuk ”.

Sementara itu, pengaruh media masssa turut menjadi faktor pembentukan tingkahlaku lepak di kalangan remaja. Menurut, Mohd Salleh (1999), pengaruh media khasnya televisyen kadang-kadang bolah memberi kesan buruk kepada pembentukan peribadi remaja, khasnya aktiviti lepak. Cerita-cerita tv siri jenayah, persembahan drama keluarga dan rancangan-rancangan lain kian menjiwai budaya barat. Siaran tv yang berunsurkan budaya barat lebih menekankan pemikiran-pemikiran sekular yang memberi kesan negatif di kalangan remaja. Pemikiran sekular yang memisahkan agama dari kehidupan seharian mempengaruhi remaja kearah aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak. Di samping itu, siaran televisyen yang berunsurkan sekular menghapuskan budaya pemikiran tinggi dan nilai-nilai murni dimana individu menghadapi kesukaran dalam pencarian dan pembinaan makna bagi setiap aspek dan aktiviti kehidupan.

Selain itu, kegiatan lepak umunya berpunca daripada kemerosotan dari segi asuhan, didikan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Selain itu, keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya menyebabkan pembentukan tingkahlaku lepak. Contohnya, ibu bapa yang terlalu memanjakkan anak-anak memberikan wang saku yang terlalu banyak. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja yang lain dan melepak di tempat awam, kompleks membeli belah, siber cafe dan sebagainya. Dalam pada itu, remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat mempunyai sikap kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa yang merupakan salah satu faktor kegiatan melepak.

Selain kemerosotan dari segi asuhan dan didikan ibu bapa, golongan remaja juga suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa mempunyai sumber-sumber hiburan dan kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara berfaedah. Hal ini kerana ketidakwujudan suasana harmoni di rumah dimana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering wujud pertelingkahan antara ahli keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa tertekan dan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remeja yang melepak di kawasan membeli belah dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak. Keadaan in agak keterlaluan dan ia berupaya memburukan imej negara di persada dunia.

Budaya lepak dikalangan remaja boleh meninggalkan impak negatif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pembaziran masa dan wang merupakan implikasi yang tercetus daripada budaya lepak. Remaja yang melepak di tempat awam, kedai kopi, siber cafe merupakan golongan yang tidak menghargai kepentingan masa. Pepatah masa itu emas tidak bermakna bagi golongan melepak. Sebenarnya masa yang diluangkan untuk aktiviti ini boleh digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti aktiviti sukan dan akademik. Contohnya, remaja cenderung membeli makanan ringan ketika melepak di pasaraya atau tempat awam. Wang yang dibazirkan sebenarnya boleh digunakan untuk perkara- perkara lain. Keadaan ini jelas menunjukkan budaya lepak meninggalkan impak yang amat negatif terhadap diri remaja dan orang lain.

Remaja yang terlibat dalam budaya lepak mudah terjebak dalam kegiatan anti sosial. Kegiatan anti sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan yang membawa mudarat kepada sosial. Antara kegiatan anti sosial adalah pencurian, pengambilan dadah, gengsterisme dan sebagainya. Kegiatan anti sosial sebegini berlawanan dengan aksiologi seseorang dimana ia berlawanan dengan konsep insan dan pembinaan ummah berdasarkan ilmu wahyu. Dalam pada itu, penglibatan dalam budaya lepak menjadi teras atau langkah awal kepada kegiatan anti sosial. Contohnya, remaja-remaja yang bergerak bebas lebih cenderung dipengaruhi oleh anasir jahat. Ketandusan aqidah serta pengaruh rakan sebaya membawa remaja ke kegiatan yang kurang sihat. Selain itu, ketandusan harmoni iaitu ketandusan punca-punca akhlak turut menjadi pemangkin remaja terlibat dalam kegiatan anti sosial. Maka keadaan ini jelas menunjukkan bahawa remaja yang terlibat dalam budaya lepak mempunyai pelung penglibatan dalam kegiatan anti sosial.

Selain itu, budaya lepak sering dikaitkan dengan kemerosotan akademik. Remaja yang masih di bangku sekolah atau instiusi pendidikan sering melepak tanpa mengira masa dan waktu. Keadaan ini menyebabkan remaja tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran. Justeru remaja-remaja sering mengalami kebuntuan dalam akademik. Selain itu, remaja yang suka melepak sering terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Dalam hal ini, sesetengah remaja lebih rela ponteng kelas semata-mata untuk bersiar di pusat beli-belah atau kedai komputer. Justeru, remaja tidak menerima sebarang output pembelajaran. Maka, keadaan ini jelas mendorong kepada kemerosotan dalam akademik. Selain itu, remaja melepak atau suka ponteng kelas tidak dapat menghayati akhlak ilmu dimana ilmu akal yang benar dapat manangani dan menghapuskan krisis nilai, krisis minda dan krisis kehidupan insyallah.

Budaya lepak berupaya mewujudkan streotaip mengenai golongan remaja kalangan oran lain. Tingkahlaku sekumpulan remaja memberi kesan negatif kepada keseluruhan remaja iaitu semua remaja dilebal sebagai kaki lepak. Selain itu, mereka juga dilabelkan sebagai golongan naif agama yang berpengetahuan cetek tentang aqidah dan agama. Maka , ketandusan dari segi pegangan agama dan aqidah berupaya melahirkan masyarakt yang tidak harmoni dan ini sekaligus merobohkan matlamat individu dan masyarakat madani.

Sekarang akan dibincang pula pada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Pada pendapat kami, langkah pertama yang harus diambil adalah melalui didikan agama. Agama Islam umpamanya cukup prihatin terhadap kerukunan hidup umatnya, seperti dalam soal penjagaan waktu, pemupukan akhlak yang baik serta pola perhubungan ibubapa dan anak-anak dan apa sahaja isu kolektif manusia bagi menjamin kesejahteraan manusia seluruhnya. Islam mempunyai panduan tertentu untuk menghadapinya. Setiap guru juga harus memainkan peranan mereka dalam menerapkan agama dalam pelajar masing-masing.Peranan guru hendaklah berpaksikan prinsip-prinsip agama yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip-prinsip tersebut ialah tersebut ialah ibadah, aqidah, harmoni, akhlak, fitrah, adil, berilmu dan berfikir. Berasaskan prinsip-prinsip ini guru akan memahami, menghayati dan dapat mengamalkan peranan mendidik yang hakiki. Apabila guru-guru melaksanakan peranan yang hakiki maka kesannya pelajar akan mencapai ke tahap dapat merasai kalazatan ilmu dan rahmat Allah SWT. Dengan sendiri mereka akan menjauhkan diri daripada perkara-perkara tidak bermoral dan berakhlak.

Selain itu, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka .Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan bahawa mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral. Selain itu, tingkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara.Selain itu, tingkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hndaklah menjadi "role model" kepada anak.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui pendekatan akademik ,ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Selain itu, sistem perundangan di sekolah amat penting kerana peruntukan undang-undang yang lebih ketat di peringkat sekolah boleh mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan undang-undang di peringkat sekolah ini adalah melalui pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Pengetua tidak harus cuba menyembunyikan kes-kes salah laku dikaalngan pelajar semata-mata kerana tidak mahu pihak polis datang ke sekolah. Pihak pentadbir perlu sedar bahawa pihak polis sedia menghulur bantuan sekiranya diminta. Kehadiran polis di perkarangan sekolah tidak harus dilihat sebagai “mencemar “ nama baik sekolah. Sebaliknya, ia dapat membuktikan komitmen pihak sekolah dalam mengawal masalah disiplin pelajar.

Kaunseling juga sangat penting kerana kaunseling merupakan sebuah langkah pencegahan yang sesuai. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang bekelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesenan kaunseling tersebut. PIBG juga harus memainkan peranan dengan mengadakan pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru khasnya bagi pelajar-pelajar bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka.

Barangkali degan segala langkah ini,berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh belia kita ,baik soal dadah ,soal akhlak,keciciran ,budaya lepak dan malahan masalah kepimpinan dalam badan-badan belia juga dapat diatasi.

3 comments: