PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Masyarakat merupakan sebahagian daripada kajian sosial. Sosiologi merupakan pengetahuan tentang masyarakat. Manusia dilahirkan sebagai fitrah sebagi mahkluk sosial maka mereka tentunya saling berinteraksi dan dan hidup bermasyarakat. Oleh sebab itu, setiap manusia tidak boleh hidup secara bersendrian tanpa adanya orang lain(Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008).
Dalam konteks ini, institusi formal dapat bertindak sebagai saluran membentuk serta meningkatkan proses sosialisasi, manusia akan dapat berinteraksi walaupun perbezaan agama, suku bangsa, ideologi dan sebagainya. Dengan kata lain manusia dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial yang berbeza. Proses sosialisasi adalah proses berterusan dan kebanyakanya datang dari pengaruh luar. Jadi,institusi formal dapat memainkan peranan sebagai agen penyluran dan pengkekalan budaya yang amat penting selain daripada institusi keluarga. Institusi keluarga khasnya keluarga moden kian bergantung kepada institusi formal dalam mensosialisasikan anak mereka (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008) .
Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan menjadi perhatian utama ibu bapa dalam mensosialisasikan anak mereka. Mereka percaya, institusi pendidikan berupaya mengembangkan interaksi sosial, pengetahuan sosial, kemahiran sosial serta penyesuaian sosial anak mereka. justeru ibu bapa semakin bergantung kepada institusi formal seperti institusi pendidikan dalam mensosialisasikan anak mereka.
1.2 TAKRIF SOSIALISASI
kajian-kajian sosiologi membawa takrif yang berlainan mengikut tokoh-tokoh sosiologi. Mengikut Child (1954:6550) :
socialization is used here as a bro term for the whole process by which individual born with behavioral potentialities of enormously wide range, is led to develop actual behavior which is confined within a much narrow range- the range of what is customary and acceptable for him according to standard of his group.
Penyataan di atas bermaksud individu dilahirkan dengan potensi kelakuan yang luas yang membawa kepada pembangunan kelakuan sebenar yang dibataskan dalam lingkungan yang lebih sempit. Lingkungan ini dikatakan sesuatu lumrah dan individu diterima berdasarkan standard kumpulanya.
Dalam pada itu, Brim (1966: 3) mendefinisikan sosialisasi sebagai :
The process by which individual acquire the knowledge, skills and dispositions that enable them to participate as more or less effective members of group and the society.
Brim mendefinisikan sosialisasi sebagai process dimana individu memperoleh pngetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang membolehkanya terlibat dalam pelbagai kumpulan dan komuniti yang mempunyai ahli yan effektif dan kurang effektif.
Sementara itu, Clausen (1968 : 387) dikatakan memberi makna yang lebih tepat mengenai sosiologi, beliau menyatakan sosiologi sebagai :
To large degree, childhood socialization is the social orientation of the child and enculturation, first within the smallsocial world of family and neighborhood and then in relation to the larger society and culture.
Mengikut Clausen, dalam darjah yang lebih luas, sosialisasi zaman kanak-kanak adalah bersifat orientatasi sosial dan enkulturasi yang bermula dari dunia sosial keluarga dan kejiranan kepada perhubungan sosial dan budaya yang lebih luas.
Walaupun Clausen menyatakan perbezaan antara sosialisasi dan enkulturasi, namun beliau menggunakkan terma sosialisasi untuk menunjukkan pemindahan dan pemerolehan sesuatu budaya
berbanding budaya manusia. Beliau juga mendefinisi sosialisasi sebagai proses diantara komuniti yang khusus apabila beliau menyatakan :
Socialization- the inculculation of bacis psychological patterns through spontaneous interaction with parents, siblings, and others- is the predominant mode of shaping the mind in social systems in which is primary principle in organization of economic, political and other social relations.
Pernyataan di atas bermakna, gaya psikologi yang asas melalui interaksi ibu bapa, adik-beradik dan orang lain yang spontan dan serentak. Keadaan ini dikatakan lebih berkuasa dalam pembentukan system sosial dimana kekerabatan sebagai prinsip asas dalam organisasi ekonomi, politik dan perhubungan sosial yang lain
Setiap individu dikatakan ‘virtually helpless’ apabila dilahirkan di muka bumi. Kehidupan individu selepas kelahiran semestinya melibatkan ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, jiran tetangga dan kumpulan kawan yang dikatakan anggota penting dalam proses sosial seseorang. Proses penyesuaian individu berdasarkan standard kumpulan yang sedia ada dikenali sebagai sosialisasi. Sosialisasi melibatkan penerimaan dan pemindahan sikap, nilai, tingkahlaku, tabiat dan kemahiran yang bukan sahaja diterapkan dalam sekolah malah diterapkan dalam keluarga, kumpulan rakan dan media massa. Kandungan pelbagai bentuk sosialisasi ini dikatkan saling berhubungan antara satu sama lain (Graham White 1977).
Dalam konteks ini, ibu bapa dikatakan kuasa sosial yang primer dan penting dalam proses sosialisasi anak-anak. Ibu bapa secara tidak sedar memaksa anaknya mempelajari sosialisasi melalui pelbagai cabang dan arah. Dalam pada itu, pengaruh berkuasa seseorang datang dari guru, kawan, jiran dan orang lain yang mengelilingi anak. Selain itu faktor persekitaran seperti media massa juga tidak ketinggalan dalam membawa pembelajaran situasi sosial yang lebih luas. Walaupun pelbagai agensi sosial berkongsi matlamat sosial yang sama namun institusi pendidikan iaitu sekolah khasnya menjadi pengaruh kuat dalam menerapkan sosialisasi dalam diri anak-anak. Kehidupan keluargan moden dikatakan bergantung sepenuhnya institusi formal seperti sekolah dalam usaha mensosialisasikan anak mereka (Graham White 1977).
1.3 SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL
1.3.1 Peranan pendidikan
Emile Durkheim mendefinisikan pendidikan sebagai proses mempengaruhi oleh golongan dewasa kepada kanak-kanak atau remaja yang masih mentah dan belum matang bagi menghadapi cabaran kehidupan dan corak sosialisasi.
Jerome Burner berpendapat pendidikan perlu memberi fokus terhadap pengembangan ketrampilan dan penyebaran pengetahuan untuk mempertingkatkan daya intelek kanak-kanak dan remaja sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi (Adiwikarta, 1988). Selain berperanan sebagai sarana penyebaran dan pewarisan pengetahuan dan kebudayaan. Bagi Hatchins, pendidikan berperanan sebagai penawar dan ubat bagi masalah-masalah sosial dan budaya seperti kemiskinan, pengangguran dan kenakalan (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008) .
Institusi sosial adalah sesuatu sistem peranan dan norma sosial yang saling bertautan dan tersusun dalam usaha memenuhi keperluan dan fungsi sosial. Brembeck (1973) mengemukakan pendapat Robert M. Hatchins yang menekankan peranan pendidikan dalam menyelesaikan masalah-masalah sosial dan budaya (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008)
Koentjaraningrat (1974) menjelaskan kehidupan sebagai sesuatu system yang meliputi seluruh struktur sosial yang bermula dari keluarga, kejiranan, komuniti, masyarakat, negeri dan negara yang meliputi pelbagai bidan dari segi politik hinggalah kekeluargaan (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008) .
Sosialisasi adalah proses mempelajari dan menghayati norma serta perilaku yang berjaya dalam prosese sosialisasi ini tentunya dapat menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan persekitaran, mengikuti norma-nrma masyarakat dan diterima sebagai ahlinya. Proses sosiologi adalah proses penyesuaikan diri atau adaptasi seseorang ke dalam masyarakat atau kehidupan kelompok tempat dia tinggal dan menetap. Orang yang gagal dalam proses ini akan ciri-ciri tingkahlaku devian kerana ditolak atau disisihkan oleh masyarakatnya keranan berbeza tingkahlaku dan sikap dan tidak mematuhi norma-norma sosial yang berlaku (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008)
Ternyata wujudnya perbezaan dan persamaan antara sosialisasi dan pendidikan. Aspek sosialisasi dan pendidikan tidak dapat dipisahkan salih mengambil alih peranannya sehingga pendidikan boleh dianggap sebagai proses sosialisasi dan proses. sosialisasi pula boleh dianggap proses pendidikan (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008) .
Keterangan di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan fungsional yang sangat erat antara pendidikan sebagai subsistem kehidupan dengan subsistem kehidupan yang lain, bahkan dengan kehidupan masyarakat sebagai system yang menaunginya. Pendidikan berupaya mengembangkan kehidupan masyarakat dan kebudayaan dan segala unsure masyarakat dan budaya dapat memperkayakan dunia pendidikan.
Tujuan pendidikan selalunya kerana tuntutan norma sosial. Proses pendidikan selalunya hanya dilihat oleh pelajar sebagai usaha guru membimbing dan mengasuh fikiran dan watak mereka tanpa melihat idealisme pendidikan itu kerana jiwa mereka yang terdidik tidak disatukan dengan tujuan pendidikan itu.
1.4 SEKOLAH DAN KELUARGA MODEN
Sekolah merupakan sebuah komuniti dalam masyarakat. Lazimnya sekolah terletak dalam lingkungan komuniti yang pelbagai melihat letak lokasi sesebuah sekolah, ada yang terletak di kampung dan ada yang terletak di pecan dan Bandar. Cirri-ciri sekolah lazimnya berbeza dengan persekitarannya khususnya berbeza dengan situasi keluarga. Walaubagaimanapun, buday keluarga masa kini selalunya di bawa masuk ke sekolah kerana pelajar yang belajar di sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga.
Keluarga moden merupakan sebuah komuniti dalam masyarakat. Keluarga moden boleh ditafsirkan sebagai komuniti yang mengamalkan cara hidup yang moden dan mereka dibezakan dengan keuarga lain dari segi kelas sosial, jenis pekerjaan, jenis tempat tinggal, lokasi, fahaman dan perbezaan pegangan ekonomi. Keluaraga moden lazimnya mengikuti arus pembangunan dan dikatkan mempunyai ikatan keluarga yang renggang. Interaksi antara ahli kelurga dikatakakan minimum dalam pembangunan sosialisasi anak mereka.
Terdapat hubungan yang signifikan antara kelurga moden, dan sekolah. Kebiasanya sekolah yang terletak di kawasan kampung menjalinkan hubungan yang akrab dengan komuniti di sekitarnya. Orang kampong sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak sekolah terutama dalam menjayakan sebarang kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah seperti gotong royong, membersihan persekitaran, menghadiri mesyuarat Agung dan terlibat dalam aktiviti sukan. Keadaan in secara langsungnya memudahkan proses sosialisasi.
Namun demikian, hubungan antara keluarga moden dengan pihak sekolah semakin renggang. Fenomena ini memang sesuatu yang dinjangkakan disebabkan kelurga moden bersifat heterogen mengalami perubahan yang cepat. Keadaan ini menyukarkan interaksi langsung antara kelurga dengan pihak sekolah.
Walaubagaimanapun, keluarga moden masih bergantung pada pihak sekolah dalam mensosialisasikan anak mereka supaya anak mereka dapat membangunkan kemahiran sosial dan interaksi sosial yang berguna dalam pembangunan model insan.
1.5 FUNGSI SEKOLAH
Dewasa ini hampir semua keluarga bergantung pada institusi sekolah dalam usaha mensosialisasikan anak mereka. Secara universalnya, terdapat alasan-alasan konkrit mengapa ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Pendidikan melalui proses persekolahan merupakan suatu bentuk sosialisasi yang bermakna antara manusia. Di antara peranan sekolah ialah :
1.5.1 Sekolah membentuk sosialisasi manusia
Sekolah berupaya bertindak sebagai saluran membentuk serta meningkatkan proses sosialisasi anak. Dengan memahami proses sosial, anak akan bertindak berinteraksi walaupun wujud perbezaan dari segi agama, suku bangsa, bahasa, ideology dan sebagainya. Pendek kata, anak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berlainan. Blumber, 1962 melihat sosialisasi manusia dalam perspektif interaksi simbolik berdasarkan uniknya kehidupan sosial manusia. Kita sering memberi maklum balas secara langsung dengan orang lain; menginterprestasikan kejadian seharian daripada kategori dan definisi yang telah diberikan oleh kebudayaan dan daripada yang dipelajari daripada orang lain. Kebanyakan aktiviti tidak begitu diperhatikan tetapi semua secara menyeluruh telah menghasilkan masyarakat.
Anak dikatakan mempunyai keperluan untuk menyayangi dan disayangi. Kembimbangan akan hidup berseorangan, kerengganan hubungan dengan orang lain dan tidak dihargai merupakan ciri-ciri penting dalam kehidupan anak. Memenuhi kehendak sosial di antara keutamaan yang sentiasa menekan dalam diri anak-anak. Melalui proses pemasyarakatan di sekolah, seseorang anak dapat meluaskan fahaman, pemikiran dan persepsi mengenai sesuatu perkar. Bilik darjah, aktiviti persatuan, kegiatan sukan dan kantin sekolah merupakan tempat yang sesuai bagi proses sosialisasi.
Menurut Hazil, 1990, proses sosialisasi pelajar dilalui oleh pelajar sama ada secara sedar ataupun tidak. Musgrave (1979) telah membahagikak proses sosialisasi kepada dua. Pertama ialah apa yang dikatakan sebagai perspektif interpersonal. Proses pnsosialan dilihat dari segi masa dimana individu mempelajari peranan-peranan yang akan dimainkan di dalam kelas adalah merupakan kajian tentang sosialisasi melalui perspektif struktur. Manakala mempelajari peranan yang diberikan kepada individu dinamakan proses sosialisasi menikut perspektif interpersonal (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin,2008).
1.5.2 Sekolah sebagai agen mobilitI sosial
Menurut Amir (1990), berdasarkan pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobility sosial. Dalam kehidupan moden ini, mobility sosial berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Hal ini kerana, mobility sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan dalam hieraki berbeza stratifikasi masyarakat. Melalui pendidikan, anak-anak dari kelas sosial yang rendah berupaya meningkatkatkan kelas sosial mereka ke tahap yang lebih tinggi.dalam pada itu, ibu bapa moden bergantung kepada pendidikan bagi mewujudkan nasib yang lebih baik bagi anaknya berbanding diri mereka. Oleh itu, ibu bapa moden kian berusaha memberi pendidikan yang lebih tinggi dalam usaha meningkatkan tahap sosial anak mereka.
Menurut sharifah Alawiyah (1985), mobility sosial intragenerasi atau mobility sosial dalam generasi akan berlaku apabila perubahan pekerjaan melibatkan perubahan turun atau naik dan melintasi kelas-kelas sosial di dalam kehidupan seseorang pekerja itu. Mobility sosial intergenerasi atau mobilitI sosial antar generasi akan wujud jika berlaku perubahan pekerjaan di antara bapa dan anak. Selain itu, Banks (1971), Syed Husin (1975) dan Amir Hassan Dawi (1990) telah merumuskan bahawa pada masa sekarang lebih tinggi pelajaran yang diterima lebih mudah mobility sosial berlaku. Contohnya,pelajar-pelajar di institusi tinggi melengkapkan diri dengan pengetahuan yang berkaitan dengan kerjaya yang berupaya membantu mobliti mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Pendidikan, pekerjaan dan mobility sosial berkisar serta menyentuh perkara yag sama iaitu berkaitan dengan peluang , sosialisasi serta kelangsungan hidup. Pandangan umum tentang sosialisasi manusia berkisan mengenai mobility sosial, stratifikasi sosial dan peluang pendidikan yang lebih luas. Hakikatnya, sosialisasi seorang anak bergantung kepada mobliti sosial yang berupaya meningkatkan taraf hidup dan kelangsungan hidup seseorang (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin 2008).
1.5.3 Sekolah merupakan alat pemindahan budaya dan sosial.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan institusi penting dalam mencorakkan perhubungan dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat. Maka sekolah memainkan peranan penting dalam menyalurkan fahaman sosial dan mengekalkan budaya dan identiti sosial. Contohnya perkara-perkara berkaitan dengan sifik dan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati merupakan komponen yang biasa diajar di sekolah. Selain itu, komponen sosial seperti menghormati amalan, budaya kaum lain serta memahami adat dan istiadat budaya lain serta kehidupan berosial mampu meningkatkan sosialisasi di kalangan anak-anak.
Tidak ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Pembelajran secara berkumpulan menegenai budaya kebangsaan bukan sahaja meningkatkan semangat perpaduan dan kenegaraan malah melangsungkan proses sosilaisasi di kalangan pelajar-pelajar. Justeru anak-anak dari keluarga moden secar langsungnya meningkatkan tahap sosial mereka.
Pada hakikatnya, sekolah dapat memainkan peranan sebagai agen penyaluran dan pengekalan budaya yang amat penting selain daripada institusi keluarga. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru iaitu anak-anak muda sukar untuk memulakan sesuatu yang baru. Menurut Amir (1990), budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkahlaku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnnya. Budaya sebagai warisan sosial manusia, cara pemikiran dan perasaan dan aksi-aksi yang dipindahkan kepada generasi yang akan datang (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin 2008).
1.5.4 Sekolah memelihara kelas sosial
Lembaga sekolah mengakui terdapatnya hieraki peranan kedudukan dan status pekerjaan. Hal ini diwujudaka bagi mempersiapkan para pelajar untuk mendudukinya. Para pelajar disosialisasikan untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan sistem status dan peranan tersebut. Dalam konteks ini, lembaga pendidikan dirancang dengan maksud mempertahankan agar sistem kelas sosial tidak berubah (Collins,1975, hal. 450). Hal ini tidak bermakna kerajaan menghalang mobility sosial tetapi bertujuan mengekalkan kelas sosial yan formal yang wujud.
1.5.5 Sekolah menggantikan peranan ibu bapa dalam proses pengawasan.
Autoriti ibu bapa terhadap anak dikurangi oleh sekolah. Sekolah seringkali mengembangkan sosialisasi anak dengan menggunakan bahan pengajaran yang berupaya meningkatkan tahap sosial anak-anak.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah menganjurkan pelbagai program kebudayaan, program sosial dan program akademik yang bertujuan untuk meningkatkan sosialisasi di kalangan kanak-kanak. Misalnya, program akademik seperti gerak gempur yang ditunjangi oleh pelajar daripada pelbagai bangsa dan etnik berupaya meningkatkan kesedaran dan sosialisasi di kalangan pelajar-pelajar. Selain itu, program kebudayaan seperti program Deeparaya atau program Tanglung yang melibatkan kerjasama daripada pelajar yang berlainan etnik boleh meningkatkan sosialisasi secar tidak langsung. Sementara itu interaksi antara guru dengan pelajar, interksi pelajar dengan pelajar berupaya meningkatkan tahap kafahaman akademik di samping meningkatkan interaksi sosial antara mereka. Keadan sedemikian menjadi motif utama institusi formal seperti sekolah dalam usaha mensosialisasikan anakanak (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin 2008).
Ibu bapa pada masa kini menghabiskan lebih banyk masa di luar rumah dan masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Dalam pada itu, mereka tidak mempunyai masa untuk pengawasan ana-anak mereka dan ini mengehadkan proses sosialisasi anak-anak. Pilihan merekan menghantar anak ke sekolah mencapai matlamatnya apabila sekolah menjadi insitusi pengawasan bagi mencapai matlamat sosialisasi.
KESIMPULAN
Sesebuah keluarga harus menyedari peranan mereka dalam mensosialisasikan anak. Dalam pada itu, ibu bapa harus meluahkan masa bersama anak mereka demi menigkatkan interaksi sosial antara ahli keluarga. Misalnya, mengadakan hari keluarga bersama anak-nak, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Keadaan ini secara langsungnya meningkatkan hubungan sosial sesama ahli komuniti dan khususnya di kalangan anak-anak muda. Selain itu, kehidupan moden tidak harus menjadi halangan dalam usaha sosialisasi anak, malah kehidupan moden harus menjadi pendorong dalam pembentukan kehidupan sosial yang lebih membangun. Ibu bapa harus memberikan didikan mengenai norma sosial, amalan sosial serta mengajar apa yang boleh dibuat dalam komuniti serta larangan sosial. Keadaan ini secara langsungnya meningkatkan kesedaran sosial anak-anak dan seterusnya berlakulah proses sosialisasi. Kebergantungan keluarga moden terhadap institusi formal dalam mensosialisasikan anak merupakan tindakan yang rasional namun usaha sendiri keluarga moden berupaya membawa hasil yang lebih bermakna.
RUJUKAN
Graham White. 1977. Aspects of modern sociology - social process.
Abdul Razak Ahmad, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin.2008. Masyarakat dan pendidikan. Yayasan Istana Abdul Aziz, Pahang Malaysia.
Thomas Rhys Williams.1983.Socialization. George Mason University Fairfax Virginia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
my one of asngmnt...
ReplyDelete